Komunikasi
Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi dunia ataupun lebih dikenali sebagai bahasa global. Mengapa? Mungkin semua orang di dunia ini lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan antara satu sama lain.
Lebih kurang 1.5 bilion manusia di dunia bertutur dalam bahasa inggeris. Manakala 1 bilion lagi sedang mempelajarinya.
75% daripada surat dan poskad di dunia ini ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Hampir semua acara formal dan sukan dunia dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Misalnya, Olimpik dan Fifa World Cup.
Ahli politik dan duta negara dari pelbagai negara menggunakan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama yang digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, NATO dan Persatuan Dagangan Bebas.
Selain daripada perkara di atas, kemahiran Bahasa Inggeris membolehkan anda:
Berhubung dengan ramai orang di serata dunia. Perkongsian idea dan ilmu dalam forum internet. Menghantar email kepada individu dari negara lain. Mempelajari tentang budaya kehidupan mereka.
Melancong dengan mudah. Dapat berhubung dengan sesiapa sahaja di tempat yang anda tuju. Hal ini kerana bahasa Inggeris digunakan lebih daripada 100 negara di dunia. Dapat menanya arah, berbual atau meminta pertolongan. Siapa tahu, mahir bahasa Inggeris juga membantu menyelamatkan nyawa anda suatu hari nanti!

Kerjaya Anda Meningkat
Jika anda inginkan jawatan yang baik dalam perniagaan, teknologi maklumat atau bidang sains; sila bangkit dan belajar Bahasa Inggeris sekarang! Walaupun kini anda dalam jawatan yang baik, mungkin anda akan kehilangannya lebih-lebih lagi dalam sektor swasta.
Dengan mempelajari bahasa Inggeris, anda dapat:
Memasukkan “fasih dalam Bahasa Inggeris” dalam surat resume atau borang permohonan jawatan. Dapatkan pekerjaan impian dan memperoleh pendapatan yang tinggi.
Memperoleh pengetahuan teknikal. Bahasa Inggeris adalah bahasa yang sering digunakan dalam teknologi, apatah lagi dalam bidang kejuruteraan tinggi seperti sains komputer, genetik dan perubatan. Sekiranya anda ingin membaca tentang teknologi, kemungkinan besar anda perlu lakukannya dalam Bahasa Inggeris.
Belajar ilmu Sains Komputer. Baca artikel teknikal tanpa sebarang masalah. Ataupun menulis artikel anda sendiri.
Menjadi ahli perniagaan bertaraf dunia. Mudah sahaja. Perniagaan antarabangsa dijalankan dalam bahasa Inggeris dan kebanyakan perniagaan hari ini merupakan perniagaan antarabangsa. Oleh itu, jika anda ingin berdaya saing, anda perlu kuasai Bahasa Inggeris; berhubung dengan ahli perniagan dari negara lain, pergi ke seminar perniagaan antarabangsa, membaca akhbar dan majalah ekonomi antarabangsa.
Menjadi ahli saintis yang hebat. Berhubung dengan ahli sains dari negara lain, mengikuti pembentangan antarabangsa dan melawat pusat sains luar negeri. Belajar penemuan sains terbaharu melalui pembacaan kajian, buku dan majalah.
Menggunakan komputer dengan lebih efektif. Kebanyakan aplikasi komputer dalam bahasa Inggeris, jadi anda lebih mahir menggunakannya sekaligus menjadikan anda seorang pekerja yang berkemahiran tinggi.
Mempelajari kemahiran baru untuk bidang pekerjaan anda. Baca sekali lagi bahagian ilmu tanpa batasan sekiranya anda masih belum memahami bagaimana kemahiran baru ini penting untuk meningkatkan mutu kerja anda.